Saturday 28 May 2011

SEJARAH SEKOLAH
SJK (T) BARATHI
SJK(T) Barathi telah dimulakan secara tidak rasmi oleh Persatuan India Sanmarka Sanggam pada tahun 1940. Ia dimulakan dengan hanya 12 orang murid di sebuah rumah. En Louis merupakan pengawas sekolah ini. Sebidang tanah seluas satu ekar dibeli dan bangunan sekolah yang mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina.1946 sekolah ini telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan dan En.Louis dilantik sebagai Guru Besar yang pertama. 1960 Murid telah bertambah iaitu dari 86 murid ke 205 murid. Tiga buah bilik darjah lagi telah dibina. Menteri Buruh Tan SriV.Manikavasagam telah meletakkan batu asas bagi bangunan tambahan. 1983 dua buah bilik darjah lagi telah dibin dengan mendapat bantuan dari Jabatan Perdana Menteri, United Plantation dan Persatuan India Sanmarka Sangam. 18989 Sekolah ini telah dinaikkan tarafnya menjadi sekolah gred B. 1992 Bilangan muridnya semakin meningkat ke 576 orang. Dua  lagi bilik darjah telah dibina dengan usaha dan kerjasama pihak Sanmarka serta PIBG sekolah. 1994 Sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A. 21.12.1995 satu majlis menandatangani perjanjian untuk membina bangunan baru tiga tingkat telah dimeterai antara pihak sekolah dengan Changkat Jering Sdn. Bhd. Ipoh yang disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’Seri S.Samy Vellu. 23.2.1996 satu majlis meletakkan batu asas telah diadakan .Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S.Samy Vellu. 1997 Majlis mengutip derma untuk bangunan baru telah diadakan. 5.1.1998 Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula di bangunan baru ini. 24.5.2001 Perasmian bangunan baru oleh Menteri Kerja Raya, Dato’Seri S.Samy Vellu.

Sunday 22 May 2011

Wednesday 18 May 2011

VISI SEKOLAH

menjadikan SJKT Barathi, Hutan Melintang sebuah sekolah yang gemilang dan terbilang di Negeri Perak menjelang tahun 2020